Umno akan dibubarkan dalam 60 hari lagi jika Zahid tidak mengundur


Perletakan jawatan beramai-ramai dari Umno pada baru-baru ini adalah menunujukan bahawa undi tidak percaya terhadap Zahid dan akan adanya lagi perletakan jawatan dalam tempoh 30-60 hari akan datang. Bagi mereka yang masih mahu kekal didalam Umno akan mendapati bahawa mereka akan “Party-less” apabila Umno akan dibatalkan pendaftarannya sekurang-kurangnya pada Februari 2019.

Raja Petra Kamarudin

Pada jam 10.30 pagi tadi, satu laporan telah dibuat di SPRM terhadap Zahid Hamidi

Pada jam 10.30 pagi hari ini (Jumaat, 14 Disember 2018) laporan telah dibuat di ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Laporan itu terhadap Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, merasuah perwakilan untuk mengundi beliau dalam pemilihan parti Umno baru-baru ini.

Laporan itu juga menyebut nama-nama saksi dan termasuk bukti seperti gambar dan dokumen-dokumen yang lain.

Malaysia Today mempunyai satu salinan laporan tersebut, akan tetapi ianya tidak dapat disiarkan di sini kerana laporan SPRM dan kertas siasatan dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA). Selain daripada itu, terdapat banyak nama-nama saksi yang disebut didalam laporan tersebut. Jika laporan itu di “compromised” atau bocor, maka ia akan membahayakan nama-nama itu.

SPRM berkata Khairy akan memenangi jawatan presiden Umno jika Zahid tidak merasuah

Sementara itu, Umno-umno bahagian di seluruh Malaysia menuntut agar Zahid meletakkan jawatannya atau mengambil cuti rehat kerana kes mahkamahnya masih belum selesai.

“Orang dalam” SPRM juga berkata jika Zahid tidak merasuah perwakilan untuk memenangi jawatan presiden Umno, Khairy Jamaluddin berkemungkinan akan memenangi jawatan tersebut.

Perletakan jawatan beramai-ramai dari Umno pada baru-baru ini adalah menunujukan bahawa undi tidak percaya terhadap Zahid dan akan adanya lagi perletakan jawatan dalam tempoh 30-60 hari akan datang. Bagi mereka yang masih mahu kekal didalam Umno akan mendapati bahawa mereka akan “Party-less” apabila Umno akan dibatalkan pendaftarannya sekurang-kurangnya pada Februari 2019.

Umno akan dibubar dalam masa 60 hari jika Zahid tidak letak jawatan

 



Comments
Loading...