Bitget Bekerjasama dengan Yayasan Kaia untuk Memupuk Ekosistem Mini-Dapp di LINE Messenger
/EIN News/ -- VICTORIA, Seychelles, Jan. 22, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 terkemuka, dengan sukacita mengumumkan kerjasama strategik dengan Yayasan DLT Kaia untuk mempercepatkan pertumbuhan ekosistem Mini-Dapp yang dikuasakan oleh blok rantai Kaia yang dilancarkan di LINE Messenger hari ini. Kerjasama ini akan memberi tumpuan kepada pengenalpastian Mini-Dapp yang berpotensi tinggi, menawarkan sokongan menyeluruh dalam inkubasi, nasihat, penyenaraian dan strategi pergi ke pasaran untuk memacu kejayaan mereka.
Blok rantai Kaia, yang terkenal dengan seni bina inovatif dan penekanan kepada kesederhanaan telah menempatkan dirinya sebagai perintis dalam ruang Web3 Asia. Keupayaan uniknya untuk bersepadu dengan platform Web2 secara lancar seperti LINE Messenger telah menarik perhatian yang ketara. Pada tahun 2024, Kaia mencapai kejayaan besar dengan lebih 2 juta dompet aktif yang unik dan jumlah transaksi sebanyak 13 juta, dengan lebih daripada 9,000 kontrak aktif telah digunakan pada rantaiannya. Pertumbuhan yang mengagumkan ini mencerminkan asas teknikal Kaia yang kukuh dan kemampuan skala yang diperlukan untuk menyokong ekosistem terpencar yang berkembang maju.
Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget, dengan penuh semangat memberi ulasan berkenaan kerjasama ini: “Pada tahun 2024, kerjasama meluas kami dengan ekosistem TON membawa aliran pengguna baharu yang belum pernah berlaku sebelum ini ke dalam industri Web3, menunjukkan potensi besar untuk merapatkan jurang antara Web2 dan Web3. Kami benar-benar percaya bahawa memacu penggunaan pengguna daripada Web2 akan kekal sebagai tumpuan utama pada tahun 2025. Dengan bekerjasama dengan Yayasan Kaia, kami menyasarkan untuk mendedahkan dan memperkasakan Mini-Dapps yang cemerlang di LINE Messenger, memacu inovasi dan penggunaan dalam ruang yang berkembang pesat ini.”
Dr. Sam Seo, Pengerusi Yayasan DLT Kaia, menyatakan, “Bitget secara konsisten telah membuktikan potensinya sebagai peneraju dalam memperkasakan projek Web3 dengan kepakarannya yang tiada tandingannya dalam jangkauan pasaran global. Kerjasama dengan Bitget ini menandakan satu bab yang mengujakan untuk ekosistem Kaia sambil kami bekerjasama untuk mengenal pasti dan menguatkan generasi Mini Dapps yang akan datang. Dengan sokongan Bitget, kami yakin bahawa blok rantai Kaia akan menjadi asas kepada inovasi Web3.”
Pada hari yang sama, Yayasan Kaia secara rasmi memperkenalkan Portal Dapp, yang pada mulanya mempunyai 30 Mini Dapp yang dipilih. Semua Dapp dibina di atas blok rantai Kaia dan boleh diakses terus daripada LINE Messenger, aplikasi sembang yang popular dengan lebih daripada 200 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia. Inisiatif ini akan memperkasakan Kaia untuk membawa perkhidmatan terpencarn kepada khalayak arus perdana.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah syarikat bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia. Bursa Bitget menyediakan perkhidmatan kepada lebih 45 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau serta komited membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan rintisannya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, penyemak imbas DApp dan banyak lagi.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.
Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Perihal Kaia
Kaia merupakan blok rantai awam berprestasi tinggi yang membawa Web3 ke jangkauan ratusan juta orang di seluruh Asia. Dibentuk melalui penggabungan blok rantai Klaytn dan Finschia, yang masing-masing pada mulanya dibangunkan oleh Kakao dan LINE, Kaia merupakan ekosistem Web3 terbesar di Asia yang disepadukan dengan pemesejan Kakaotalk dan LINE yang mempunyai gabungan pangkalan pengguna melebihi 250 juta orang - yang mana kesemuanya boleh mengalami Web3 dengan kemudahan dan kelajuan Web2 dalam aplikasi super pemesejan kegemaran mereka untuk berhubung, mencipta, bekerjasama dan menyumbang kepada ekosistem. Ketahui lebih lanjut di www.kaia.com.
Perihal Yayasan DLT Kaia
Yayasan DLT Kaia, yang berpangkalan di Abu Dhabi telah ditubuhkan pada tahun 2024 untuk mengembangkan ekosistem Kaia, sebuah platform blok rantai Lapisan 1 global. Kami memacu penggunaan serta pembangunan teknologi baharu untuk memastikan Kaia memenuhi peranannya sebagai platform blok rantai yang boleh diakses, telus dan mampan untuk pembangun dan pengguna, serta memudahkan proses membuat keputusan untuk memastikan ekosistem terus berkembang secara optimum dalam landskap blok rantai yang berubah dengan pantas.
Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dikembalikan. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk yang boleh dipercayai untuk keputusan masa depan. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kepadaSyarat Penggunaan kami.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/9d11cb0f-5394-4904-b1f7-b3564454fe22
Distribution channels: Banking, Finance & Investment Industry, Companies, Media, Advertising & PR ...
Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
Submit your press release